TEKNIK ASAS PERMAINAN BOWLING
BOWLING
ASAS BERMAIN BOWLING
Jika setiap permainan mempunyai teknik tersendiri begitu juga dengan permainan bowling juga memerlukan teknik-teknik yang betul untuk menghasilkan dan membuat setiap satu balingan mencapai 'strike'. Jadi apa yang perlu kita buat adalah dengan mengulang kembali balingan yang kita buat dan mencapai "strike". Setiap balingan yang kita buat seakan-akan ulang tayang
PIN, LANE, ARROW, DOT DAN FOUL LINE
Diagram |
Perkara pertama yang perlu diingat oleh pemain bowling adalah jarak antara pin dengan garisan yang dibenarkan (foul line) adalah sejauh 60 kaki (Lihat Diagram di atas).
Terdapat 39 board pada setiap lane bowling |
Pemain yang menggunakan tangan kanan akan mengira board dari kanan ke kiri, manakala pemain yang mengunakan tangan kiri (kidal) akan mengira board dari kiri ke kanan.
CARA BALINGAN YANG BETUL DAN TEPAT
Konsep permainan bowling ini mudah. Jika pemain boleh meniru kembali cara balingan anda, maka setiap jatuhan pada arrow atau board yang dekat itu dan membawa strike, maka anda cuma perlu lontarkan kembali ke board atau arrow tersebut selepas ini. Anda Tak perlu sasar atau pandang sejauh 60 kaki ke arah pin Baling sahaja ke sasaran yang lebih dekat dengan anda.
Untuk target atau sasaran yang lebih dekat (bagi pemain bertubuh kecil terutamanya atau spinners), anda boleh juga gunakan dots yang ada di lane. Ia terletak berhampiran dengan foul line dan tidak jauh dari arrows. Biasanya terdapat 5 atau 7 dots (tak standard).Ia selari dengan garisan arrows. Maknanya, dot pada board ke lima misalnya adalah selari dengan arrow pada board ke lima.
Terdapat juga dots di belakang foul line. Ada dua set yang digunakan oleh pemain bowling bagi memastikan mereka berdiri di tempat yang sama atau mengingatkan mereka di mana mereka berdiri sebelum ini. Ia juga selari dengan dots yang digunakan sebagai sasaran tadi dan selari dengan arrows. Pergerakkan dari tempat asal akan menyebabkan bola bowling tersasar dari lontaran yang sebelumnya.
Persediaan membuat balingan bowling |
Jika ia balingan yang baik, maka ulang dan ulang lagi sehingga perubahan pada kondisi lane memaksa anda membuat adjustment. Pergerakkan pada beberapa board dari tempat anda berdiri, pengurangan atau pertambahan pada kelajuan balingan atau pertukaran perlatan seperti bola bowling boleh membantu dalam keadaan sebegini
- Persediaan melibatkan banyak faktor fizikal dan mental.
- Antaranya, pastikan anda memilih bola yang sesuai dengan anda. Tidak terlalu berat atau ringan dan mempunyai grip yang selesa.
- Gunakan juga kasut boling yang sesuai serta tidak licin atau kesat.
- Tenangkan fikiran sebelum membuat balingan dan cuba bayangkan apa yang anda akan lakukan sebelum balingan mahu dibuat.
- Berikan tumpuan dan pastikan semua yang anda bayangkan dilaksanakan dengan baik.
Cara pegangan bola bowling |
cara balingan bola bowling |
Guna Approach Yang Sesuai Dengan Anda
Dalam permainan bowling, approach yang baik adalah amat penting sekali. Pastikan anda memilih approach yang sesuai dengan anda. Gunakan dots di hadapan sebagai panduan jika anda memilih approach yang pendek, manakala dots yang di belakang boleh dijadikan panduan jika anda memilih approach yang panjang. Four-Steps Approach sering digunakan oleh pemain bowling, namun anda boleh memilih 3-Steps atau 5-Steps jika anda rasa lebih selesa.
Kuncinya adalah kelancaran atau “smooth”.
Oleh itu, pergerakkan anda mesti “natural' tak kira berapa steps atau langkah yang anda gunakan di lane bowling. Namun, anda harus juga ingat bahawa jika steps terlalu kurang, maka anda akan terpaksa membuat segalanya dengan cepat dan pantas. Manakala, terlalu banyak steps akan membuat timing anda jadi berserabut.
Dalam membuat pergerakkan ke foul line atau approach cuba pastikan anda bergerak lurus dan tidak melencong. Pergerakkan ini hendaklah sama sentiasa. Ingat di mana anda berdiri. Gunakan dots sebagai panduan. Timing hendaklah tepat dan smooth. Tangan hendaklah lurus ketika menghayun bola dan pergerakkanya seiring dengan pergerakkan kaki anda.
SELAMAT MENCUBA .....
Ulasan
Catat Ulasan